Pendrive, File Kosong
- KaptShamieHamdan
- Mar 12, 2019
- 1 min read

File dalam pendrive hanya boleh diakses dalam laptop sendiri. bila cucuk dalam laptop kawan-kawan fail semua hilang.
Lepas tu keluar shortcut macam dalam gambar di atas. Siapa penah kena ?
Okey. sini ada cara cara mudah untuk fix akan masalah ini.
Dekat START sila taip "folder options" > view > tick "show hidden files, folders, and drives" > Apply > OK.
Kemudian cuba buka pendrive tadi, fail-fail yang hilang pasti ditemui dengan baik dan selamat.


SOALAN:
Kenapa jadi hidden file ?
JAWAPAN:
Sebab virus shortcut ini tadilah, virus shortcut ini adalah kombinasi TROJAN & WORM yang menyembunyikan fail-fail korang dan digantikan dengan shortcut yang kelihatan sama.
Bila buka aja atau klik folder shortcut itu, ia akan menggandakan dirinya sendiri sehingga berjangkit ke sistem operasi (OS windows)
Sistem operasi yang tidak mempunyai antivirus yang kuat sangat berisiko untuk dijangkiti virus ini.
SOALAN:
Apa yang berlaku bila dah berjangkit virus ini?
JAWAPAN:
Prestasi sistem operasi (OS Windows) anda akan merundum jatuh. Slow yang amat amat sangat dan fail-fail dalam pendrive pulak berisiko untuk dipadam terus.
Cara paling mudah dan tak pening kepala untuk pikir. kome boleh terus download UiTM Virus Shortcut Remover dan run software tersebut.
Nanti akan diberi pilihan nak run untuk Pendrive atau Computer. Kalau pendrive yang ada virus, pilih pendrive begitu juga sebaliknya.
Comments